Followers

Google+ Followers

Customade beading vivadea 2014

Perbezaan material kain Satin


Ada pelbagai jenis satin dijual di kedai2 kain seperti jakel, kamdar, nagoya, dll. Ada satin yang tersangat murah dan ada juga satin yang mahal. Tapi apa bezanya??

Bezanya terletak pada kualiti kain satin itu. Kualiti yang macamana? Ok saya akan terangkan satu persatu okay.

1st satin silk
- Kebiasaannya satin 100% pure silk dijual dengan harga yang mahal. Bila kita sentuh kain tu terasa sangat ringan dan di permukaan belakang satin rasa silk yang lembut. Satin sebegini selalu diguna oleh pereka2 baju serta tudung yang ekslusif dan yang mementingkan kualiti maksimum untuk setiap hasil yang tercetus pada design mereka.

Kelebihan satin silk:
- Tidak jarang & tidak sensitif seperti chiffon silk ( chiffon silk ni mudah koyak sekiranya kita iron terlalu panas ataupun bila jahit manik atasnya kain akan mudah koyak berbanding satin silk sangat mesra dengan iron dan senang terbentuk serta tidak mudah koyak bila dijahit manik )

- Warna pada kain kelihatan sangat mewah dan pemakai pasti berasa puas dengan material tersebut.

- Untuk pemakaian tudung menggunakan material satin pemakai boleh match dengan pelbagai jenis inner seperti inner neck covered ( inner Neck DHIA ) & boleh juga match dengan inner separuh. Berbeza pula dengan material chiffon silk yang jarang, pemakai terhad untuk memakai inner neck yg menutupi leher sahaja.

- hanya dry clean sahaja untuk menjaga kualiti kain yang ada jahitan manik ( kalau masuk mesin habis tercabut manik tu sayang oii )

2nd Satin  ( jenis washable )

Untuk satin jenis washable ada banyak jenis. Ada yang mahal ada yang murah. Kedua2 jenis ni sesuai untuk dibuat baju tapi awas! kurang sesuai untuk dibuat tudung.

Untuk yang mahal: Permukaan belakang kasar berbanding satin silk. Kain berat membuatkan kain terjatuh dengan cantik. Kilauan yang mewah berbanding satin washable murah

Untuk yang murah : Permukaan ada yang kasar ada yang licin dan ada juga yang nipis. Flow kain juga ada yang berat dan ringan tetapi kelebihannya ia sesuai untuk sesiapa yang inginkan budget lebih murah berbanding kain satin mahal. Cuma kita boleh beza satin murah bila dipakai akan kelihatan tidak ekslusif sebenarnya. Ada juga satin murah ni panas dan tidak sesuai untuk baju atau tudung. Hanya sesuai dijadikan alas kusyen atau langsir.

Nak lihat contoh tudung yang guna satin pure 100 silk?? Jom usya gambar bawah ni:

www.vivadea.com

www.vivadea.com

www.vivadea.com
Gambar2 tu contoh guna 100% satin silk. Namanya syria rania daripada www.vivadea.com yang Sangat2 cantik uolss...serius tak tipu tau ^_^

Material terbaik digunakan untuk expresikan hasil yang terbaik dari Vivadea

2 comments:

 

Follow by Email

Diya Vivadea Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino